9. KIFLEE TARSAT
BIODATA. Selain Kiflee Tarsat, Haji Kiflee bin Tarsat juga menggunakan nama pena Nur Hikmah. Dilahirkan pada tahun 1950 di Kampong Saba, Brunei. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Lela Menchanai, Brunei. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan pada tahun 1987 daripada Institut Telnologi Mara (ITM) yang sekarang ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada 14 Mac 1970 hingga 2 Mac 2005 dengan menjawat berbagai jawatan, antaranya Atendan Perpustakaan, Pembantu Perbustakaan, Pegawai Perpustakaan, Pegawai Perpustakaan Kanan dan jawatan terakhir sebelum bersara pada 3 Mac 2005 ialah Penolong Ketua Perpustakaan. Bergiat dalam bidang penulisan puisi, syair, dan sajak serta beberapa buah kertas kerja. Karya-karyanya termuat dalam Bahana, antologi puisi Kembara Merdeka Dua Dekad Meniti Usia, Episod Tsunami: Peringatan Ilahi (Sebuah Iktibar dan Pengajaran), serta antologi Juara 6: Bakti Suci Jalan Hakiki. Karya-karya tersebut tersiar dalam majalah Bahana, beberapa antologi sajak bersama-sama dengan penulis tempatan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei menerusi puisi Hidayah (III-VI). Buku Syair Ristaan DBP terbitan DBP, Brunei tahun 2007 adalah buku persendirian pertama dan mendapat hadiah penghargaan dalam Peraduan Menulis Syair Berunsur sejarah Sempena 45 Tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, serta memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Syair Sejarah anjuran Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2009. Dalam bidang pembacaan puisi atau deklamasi, beliau pernah menjadi johan dalam Peraduan Sayembara Puisi Islam anjuran Persatuan Kesuma pada tahun 2002. Antologi RESTU ’70 adalah penglibatan kedua beliau setelah terbitnya antologi Sajak Amas Tampawan yang diungkayahkan oleh rakan Amas Tampawan yang beliau sendiri adalah salah seorang pelopornya bagi wujudnya rakan Amas Tampawan ini.
PUISI
9.01. Aku.
9.02. Menapaki Temburong.
9.03. Pada Parasanku.
9.04. Jejak Hidup.
9.05. Kucuran Keringat.
9.06. Pesan Buat Belia.
9.07. Wawasan Harakah Belia.
9.08. Ramadan Kareem.
9.09. Mohon Kasih-Mu.
9.10. Pantun Majlis Perkahwinan .
9.01.
AKU
Di ruang yang mesra
aku duduk sendiri
lingkungan barisan buku-buku
pelbagai ilmu yang terhidang
santapam rohani
kekadang terdengan suara sumbang
melintasi telingaku
mereka yang lalu-lalang
dengan tugas tersendiri
seunit computer setia
menabur bakti
Aku asyik bermesra dan berkasih
mengulit lembaran buku dan akhbar
menggali ilmu dan informasi
mengisi kotak fakir, akal dan kata
kalbu nurani
berusaha memperkasa dan memperkukuh
jati diri mandiri
menjana minda
dengan coretan dan catatan aksara
siaga mempertajam madah bicara
dengan pelontaran yang jitu
merungkai sisa hayat
memasuki suasana maghrib
mengelak daripada alpa dan tertinggal…
Dari gelombang yang bergolak
era globalisasi yang pantas
mencorak pancawarna
hidup dalam kehidupan
di bawah langit terbuka
tiada garis-garis
untuk sama menyumbang dan menikmati
perkembangan dan kemajuan Negara bangsa
Berjaya dijulang cemerlang
Dalam suasana aman sejahtera
Di bumi bertuah Brunei Darussalam.
Nur Hikmah
24 Januari 2008
9.02.
MENAPAKI TEMBURONG
Kelikir hasil bumimu
Bukit Patoi kemuncakmu tinggi menjulang
Kuala Belalong hutan tropika keteguhan peribumi
Taman Negara kemegahan kita warisan abadi
Batang Duri taman rekreasi
flora dan fauna menggamit hati
kehijauan dedaun belantara tautan nurani
Percikan udang galah mnggertak rasa
kelupis kuih tradisi penambat selera
wajit jawa menarik pengunjung
cindul Temburong nikmat dihirup
juadah Ramadan saban tahun
Daku terpaku menapaki daerahmu
menghirup indahnya alammu
bagai terapi santapan rohani
menyantun jiwa ketenangan
saujana memandang dibalut kehijauan
menekuni sejarah gemilang
berkunjung langkah di bumimu
Jadi impian watan setia
sekian lama ingin menjelmakan
julang teguh jambatan kecintaan
penghubung kasih seluruh daerah kesetiaan
menyatukan anak peribumi
mengikat kasih sekerinduan
di tanah jati mandiri
melestari hasil dan nikmat kekayaan
mengaduni arus kemodenan
gembeling tenaga usai tanah pertiwi
kerana di sini jati diri
warisan zaman berzaman
Daerah kekasihku
di sini destinasi kita
mari kita sama menjulang
menjulang tulennya kesetiaan
di bumi peribumi berbudi
mencatat segala kenangan
merakam nostalgia menyimpan rahasia
Temburong
aku akan selalu ke sini
menapaki bumimu
Kiflee Tarsat
Jun2010
9.03.
PADA PARASAHANKU
Aku coba
pertama kali
di arena peraduan
sayembara deklamasi puisi merdeka
sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
ke-17, 2001 dahulu
anjuran DBP di Pesta Buku
di Stadium Tertutup acara berlaku
ramai peserta, penulis dan pemuisi yang mendaftar
lelaki dan wanita berbeza
mereka ada nama
ternama
luas pengalaman
pendatang baru
aku cuba bakat terpendam sebelum tenggelam
ditelan zaman
semangat kental cerminan diri
peringkat saringan ramai bertanding
lelaki dan wanita hamper sebanding
aku terkandung 7 lelaki 7 wanita digiring
ke peringkat akhir untuk diganding
pada perasahanku
aku boleh lakukan…
Kiflee Tarsat
17 Februari 2015
9.04.
JEJAK HIDUP
Hidup! Hidup! Hidup!
Aku hidup dilahirkan
hidup dipelihara, hidup dibesarkan
hidup diberi minum, hidup diberi makan
hidup ditimang, hidup dimanja
hidup dikasih, hidup disayang
hidup ditunjuk ajar, hidup dididik
hidup diberi ilmu, hidup sendiri
hidup berkasih, hidup berpasang
hidup berkeluarga, hidup berjiran
hidup bermasyarakat, hidup bernegara
hidup bebas.
Hidup untuk apa?
Hidup untuk siapa?
Hidup mahu ke mana?
bukan hidup terikat
bukan hidup terkongkong
bukan hidup sengsara
bukan hidup terseksa
bukan hidup susah
bukan hidup miskin
bukan hidup melarat
bukan hidup merana
bukan hidup derita
bukan hidup kosong.
Hidup senang
hidup kaya, bukan wang berjuta
tetapi dengan budi bahasa, sopan santun mulia
hidup bahagia, hidup harmoni
hidup nurani, hidup berkilau
hidup ada nama, hidup ternama.
Bukan hidup penakut
bukan hidup penipu
bukan hidup pemabuk
bukan hidup pengampu
bukan hidup kerana judi
bukan hidup kerana rasuah
bukan hidup kerana syabu
bukan hidup kerana HIV-AIDS
bukan hidup kerana seks
bukan hidup terikut-ikut
bukan hidup hanya berfoya-foya
bukan hidup segan, mati tak mahu.
Kiflee Tarsat
9.05.
KUCURAN KERINGAT
Kucuran keringt
Adalah peluh yang mengalir
membasahi diri
menabur jasa
Kucuran keringat
guru-guru dedikasi
yang berkorban dan berjuang
hingga ke pelosok Negara
yang gigih berusaha
demi anak bangsa
mengongsi pengelaman dan ilmu pengetahuan
untuk anak didik tercinta
membantu yang kurang mampu
mencambah minda tanpa berkira
bagi kemajuan pelajar tercinta
sanggup mengadai masa
memestikan kejayaan anak didik mereka
Kucurah keringat terus berjuang
itulah sumbangan para guru
dengan ikhlas, tulus, kudus dan jujur
di hati tersemat kerana Allah
untuk anak bangsa tercinta
melakar kejayaan cemerlang gemilang dijulang
kiflee tarsat
Mac 2019
9.06.
PESAN BUAT BELIA
Penerus kesinambungan warga jaya
membangun Negara bangsa
Belia yang membudayakan Al-Quran dan As Sunnah
pengukuh pegangan hidup
suluh jalan segalanya
merungkai lalu lintas kehidupan
mencari reda Tuhan
menggalas amanah tanggungjawab tak bernoktah
bersatu atma memertabatkan Negara bangsa
tawaduk menumpah bakti identiti sejati
memelihara kesucian agama islam
bersalut akhlak terpuji.
Bepaksi kejujuran
amanah jadi tonggak
tulus ikhlas tanpa mengharap
cekap tangkas keperibadian
terpancar bersih sinar cahaya
ikhlas mengunjuk sumbangsih
demi Negara bangsa
untuk pembangunan memantap ekonomi
meningkatkan pendidikan
memantau kesihatan dan sukan
memasyarakatkan kebudayaan bangsa
keselamatan dan keamanaan sejagat
demi bangsa dan Negara.
Kiflee Tarsat
Mac 2019
9.07.
WAWASAN HARAKAH BELIA
1 ogos terpahat gemilang
Hari Belia Kebangsaan
Belia
aset payung Negara
pemimpin jenarasi mendatang
mampu berdaya saing
mencipta patriotisme tinggi
menjana minda jati diri bangsa
memperkasa kesetabilan ideologi
akidah dan keimanan kukuh
yang diredai Allah
memantapkan nilai budaya
atas dasar nilai intelektual
melalui penampilan diri
mampu menyongsong gelombang
walau cabaran menghambat
era globalisasi teknologi bermaklumat tinggi
Belia berwawasan
penuh berilmu
teguh beriman
beramal takwa
dengan ihsan
memohon doa restu
tawakal
memohon reda Tuhan.
Kiflee Tarsat
Mac 2019
9.08.
RAMADAN KAREEM
Ramadan memanggilku
Kusambut sepenuh rindu
Mengetuk pintu hatiku
Kudakap setulus syahdu
Ramadan bulan rahmat
di dada terlukis nikmat
agihkan zakat meraih rahmat
puasa amalan insan beriman
pembersih diri pemantap amalan
wajib tunaikan tidak diabaikan
mohon kehidupan bahagia aman
solat sunat terawih dan witir
penambah pahala penambal mangkir
Ramadan hulurkan sedekah
seangkat hati setulus ikhlas
rezeki Allah mencambah berkah
mengutip reda keampunan Allah
Ramadan 17 turunnya Al-Quran
petunjuk umat mengharapkan
menerangi kehidupan dari kegelapan
petunjuk kebahagian umat pilihan
Anugerah Tuhan
Ramadan Kareem
menitip malam istimewa
tiak pada bulan lain
itulah lailatul qadar anugerah Allah
buat umat Muhammad Rasul Pilihan
lebih baik dari seribu bulan
beruntunglah bagi umat pilihan
dikurniakan malam rahmat
menjanjikan segala nikmat
dunia akhirat
Kiflee Tarsat
April 2019
9.09.
MOHON KASIH-MU
Sepanjang perjalanan
setengah abad telah berlalu
dengan rancah kehidupan…
di rumah-Mu
aku beriktikaf sujud kepada-Mu
berdoa dan berzikir
melambai kasih penanda tasbih
merimbun kasih di pohon kekasih
kepada-Mu meraih kasih
dengan keyakinan
dengan keikhlasan
dengan ketulusan kudus
dengan iman takwa
di lubuk kalbu hakiki
Al-Quran pedoman dan pegangan hidup muslim
kejalan kebenaran dan kesempurnaan
dunia dan akhirat
member keyakinan dan hidayat
terhadap keraguan dan kegelisahan
kea rah iktikad sebenar
dengan iman takwa dan cinta kasih
aku pasrah hanya kepada-Mu Ya Rab
Pintu-pintu taubat ku masuki
untuk pembersih diri
mohon keampunan segala dosa
aku alpa di dalamnya
moga mendapat rahmat keredaan-Mu
kerana perjalanan ini terhenti sampai saatnya
Aku mohon kasih-Mu Ya Rab
Selamat dunia akhirat
Kiflee Tarsat
April 2019
9.10.
PANTUN MAJLIS PERKAHWINAN
Saying kumbang mencari makan
Mencari makan tepi perigi
Selamat datang kami ucapkan
Moga mendapat restu ilahi
Pakaian pengantin kain tenunan
Muda belia sama sebaya
Sama cantik sama padan
Seperti cincin dengan permata
Cantik burung cenderawasih
Terbang berkawan di waktu petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada jemputan yang sudi datang
Jemputan datang berpakaian indah
Meraikan majlis sejarah gemilang
Doa kesyukuran dibaca sudah
Dijemput menikmati jamuan terhidang
Tanam pisang ditanah rata
Tumbuh bunganya pucuknya lati
Budi biskita tidak dilupa
Sudah terpaku di dalam hati
Daun selasih di dalam puan
Puan berisi intan permata
Terima kasih tuan dan puan
Sempurna majlis dipandang mata
Kiflee Tarsat
April 2019
TAMAT.