PUISI (2)
11.05.
11.06.
11.05.
RENCANA PENGGANAS
Musibah itu menjadi teka-teki di luar kotak
Bukan mudah untuk disimpulkan
Kerana ia benar-benar berkaitan dengan takdir
Yang hanya Dia bisa memberi jawapan tepat
Dan kita makhluknya hanya menyatakan
Bagaimana boleh berlaku
Kerana intinya adalah perbezaan ketara
Antara Islam dan bukan Islam
Pegangan jitu penganut yang sejak 1440 tahun lalu
Tidak pernah tuntas untuk disatukan
Tetapi lihatlah
Kebesaran dan kekuasaan-Nya
Siapakah dapat menjangkakan sifat Allah
Sifat yang total tidak ada pada makhluk-Nya
Peristewa di dua masjid Christchuch
Tidak mampu mengembangkan warna merah
Tidak berjaya menujudkan rasa marah
Di sebuah negara yang terkenal dengan aman
Rakyatnya menghormati antara satu sama lain
Meski berlainan ugama dan fahaman
Peristewa berdarah di dua buah masjid
Oleh penjenayah yang cuba menimbulkan
Marah dan dendam tidak berjaya
Penduduk Islam menerimanya dengan sabar dan redha
Penduduk yang berugama lain dari Islam
Menghulurkan simpati dan menebalkan rasa hormat
Setiakawan menjadi rawan
Mereka bersatu berkampung
Dan menjadi utap dan kota bagi saudara mereka umat Islam
Demikianlah Allah dengan rencananya
Jauh dari rencana menusia yang jiwanya pengganas.
Abdullah Tahir – Mac 2019
11.06.
YANG BERNAMA PENGGANAS
Kita yang mendengar dan melihat
Bagaikan sebuah drama
Terpapar di layar televisyen
Atau di skrin telefon bimbit
Tersusun dan terancang
Tanpa syak dan wasangka
Tembakan peluru api itu
Kosong
Jemaah dalam masjid yang rebah
Adalah mengikut skrip arahan pengarahnya
Darah merah yang keluar itu darah buatan
Tiada siapa berdiri melawan
Yang ada hanya bingkas melarikan diri
Penimbak peluru api galak menembak berkali-kali
Walau sudah rebah dan tersungkur
Begitulah kejamnya yang bernama pengganas
Gambaran sebenar yang bukan auta
Memang dibentuk begitu rupa.
Kita tersedar tuntas tak percaya
Islam ugama yang diperaku Allah
Sesuai dan termulia disisi-Nya
Tetap saja menjadi bahan dendam
Tidak hanya di Christchurch
Bahkan di beberapa tempat di mana ada Islam
Yang bangkit dengan kerajaannya
Terus saja didendami dan disakiti
Mereka jadi bingong dan gundah
Cemburu dengan kemuliaan dan ketaatan umat Islam
Kepada Allah dan Rasulnya
Sesungguhnya dalam Islam tiada pengganas
Kita tetap yakin pengganas itu tiada berugama.
Abdullah Tahir – Mac 2019